Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« November 2008 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
Entries by Topic
All topics  «
Memories
You are not logged in. Log in
eddys family journal
Thursday, 25 October 2007
umi's diary grand mother_father
Mood:  bright
Aiman sayang this is your grand mother your father side. Ayah sangat sayang dengan nenek oleh itu Aiman dan Akmal juga mesti sayangkan nenek ok.

Posted by eddys.family at 11:16 AM JST
Post Comment | Permalink | Share This Post

Aiman sayang this is your grand mother your father side. Ayah sangat sayang dengan nenek oleh itu Aiman dan Akmal juga mesti sayangkan nenek ok.

Posted by eddys.family at 11:12 AM JST
Post Comment | Permalink | Share This Post
umi's diary, grandfather
Mood:  celebratory
Aiman dan akmal yang umi sayangi, inilah gambar datuk Aiman dan Akmal. Pada masa umi buat catatan ini umi nak kamu tahu betapa umi sangat sayangkan datuk kamu. Inilah kenangan semasa Aiman balik ke kampung semasa tahun 2006.

Posted by eddys.family at 11:10 AM JST
Post Comment | Permalink | Share This Post
umi's diary- Akmal special day
Mood:  cheeky
Topic: Memories
Akmal sayang....

Lihatlah betapa besarnya Akmal sekarang. Kadang-kadang bila ayah bermain dengan Akmal, Aiman akan berasa cemduru dan cuba menarik perhatian ayah dengan bermain bersama. kadang-kadang Aiman akan menangis kerana ayah bermain dengan adik tetapi bukan dengan Aiman. Ah!!! Aiman! Aiman! umi dan ayah tetap akan sayangkan Aiman sama seperti dulu. Tidak ada yang berubah sayang. Aiman jangan takut ya. Aiman dan Akmal adalah anak-anak kesayangan umi dan ayah.

Posted by eddys.family at 11:07 AM JST
Post Comment | Permalink | Share This Post
Umi's diary- kenangan 19 nov 2005
Mood:  happy
Aiman,

Hari ini tepat pukul 12.05 pagi Aiman mula melihat dunia ini. Masih terngiang-ngiang di telinga umi tangisan Aiman buat pertama kalinya. Betapa besarnya kuasa Allah Umi rasakan pada masa itu apabila Aiman diletakkan di perut Umi setelah lahir. Kesakitan selama enam jam seakan tidak pernah hadir apabila melihat tubuh kecilmu. Perasaan Umi pada masa ini bercampur baur. Ada gembira, ada takut dan ada juga perasaan keliru. mungkin inilah perasaan seorang ibu yang baru pertama kali melihat bayi yang sebelum ini dalam kandungannya. Namun perasaan yang tidak dapat Umi gambarkan ialah apabila suami tersayang menitiskan air mata berharganya apabila melihat khalifah kesayangannya sambil melafazkan azan di telinga kecilmu

Aiman,

Mungkin di saat Aiman sudah boleh membaca catatan ini, ingatlah! betapa besarnya kuasa Allah menghadiahkan Umi dan Ayah seorang khalifah yang cukup sempurna. Sekarang Aiman dah berusia hampir dua tahun. Aiman dah mula belajar bercakap walaupun umi dan ayah tidak memahaminya. Kadang-kadang umi dan ayah akan tertawa sesama sendiri melihat keletah Aiman menyanyi dan menyebut tom tom bak iaitu rancangan kegemaran Aiman. kadang-kadang Aiman juga akan menari sambil melompat apabila mendengar lagu tema rancangan Macam-macam Aznil atau melihat Thomas and friends atau Bob the builder. Ah!!!! pantasnya masa berlalu, anak umi dah besar sekarang dan dah boleh memaksa ayah untuk membawa Aiman ke Tesco untuk ke tempat permainan.

Aiman,

Pada lembaran yang lain mama akan ceritakan pula kisah cinta mama dengan ayah sebagai kenangan Aiman apabila dewasa kelak. Ingatlah sayang walaupun Aiman dah mempunyai seorang adik sekarang, namun umi dan ayah tetap menyayangi Aiman dan Akmal buat selama-selamnya.

Posted by eddys.family at 11:01 AM JST
Post Comment | Permalink | Share This Post
umi's diary Wedding day
Mood:  happy
Ayah dan umi diijabkabulkan pada pagi jumaat yang indah pada 10 Disember 2004. Selepas mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran.Umi ceritakan semuanya pada Aiman dan Akmal apabila kamu berdua dewasa kelak sayang...
Buat suami tersayang...
Cabaran ini menguatkan azam saya untuk mempertahankan rumah tangga kita sehingga ke akhir hayat. Insyaalah...

Posted by eddys.family at 10:55 AM JST
Updated: Thursday, 25 October 2007 11:34 AM JST
Post Comment | Permalink | Share This Post

Newer | Latest | Older